Selasa, 29 Disember 2020

Kereta Api Muar

Muar adalah satu-satunya bandar di Malaysia yang mempunyai sistem jaringan kereta apinya yang tersendiri di masa lampau yang dikenali sebagai Kereta Api Kerajaan Muar (Muar State Railways) atau MSR, beroperasi hanya 4 tahun selepas landasan kereta api pertama di negara ini di antara Taiping dan Port Weld dibuka pada 1885. Sistem kereta api ini wujud dari tahun 1889 hingga 1925, menghubungkan Jalan Sulaiman di Bandar Maharani dan Sungai Pulai pada jarak 22.5 km. Berdasarkan ciri-cirinya sebagai kereta api ringan tempatan, ia adalah terasing daripada jaringan kereta api di tanah Melayu pada waktu itu tetapi terdapat perancangan untuk memanjangkan landasan sehingga ke Batu Pahat pada 1916. Walau bagaimanapun, projek tersebut tidak dilaksanakan ekoran halangan geografi dan kewangan. Namun ianya kini dijadikan sebagai pameran yang diletakkan di Dataran Tanjung Emas Muar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bandar Maharani Bandar Diraja

  Bandar Maharani Bandar Diraja, merupakan Nama Rasmi bagi Bandar Muar di daerah Muar, Johor, Malaysia. Pengisytiharaan Bandar Maharani seba...