Tempat Menarik di Muar

Terdapat pelbagai tempat menarik yang boleh dikunjungi apabila anda datang ke Muar. 

Antaranya ialah: 

1) Taman Tanjung Emas



 

Jika anda berada di sekitar bandar Muar, anda boleh mulakan dengan berkunjung ke Taman Tanjung Emas iaitu sebuah taman rekreasi yang terletak di muara sungai Muar. Pengunjung akan dapat menikmati pandangan laut Selat Melaka serta melakukan aktiviti riadah kerana pelbagai peralatan riadah disediakan di samping kemudahan awam yang lain juga. Persekitaran taman yang bersih dan nyaman ini amat sesuai untuk aktiviti keluarga pada hujung minggu atau riadah petang. Pemandangan di waktu malam juga sangat cantik kerana adanya lampu- lampu yang berwarna warni untuk menambah keserian di kawasan tersebut.

2) Pantai Leka



Pantai Leka terletak di Parit Jawa. Pantai Leka mempunyai pemandangan yang amat cantik terutamanya ketika matahari terbenam. Pantai Leka ini juga merupakan kawasan perlindungan burung di mana burung berhijrah. Terdapat juga kawasan hutan bakau yang kaya dengan hidupan liar. Jika anda lapar setelah penat seharian berjalan, anda boleh menikmati hidangan asam pedas di medan selera sambil menikmati bayu laut dan pemandangan Selat Melaka.


3) Gunung Ledang 


Gunung Ledang merupakan salah satu tempat menarik yang wajib anda kunjungi. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di Taman Rekreasi Gunung Ledang. Antaranya ialah mendaki gunung, berkemah, bermandi- manda dan juga "jungle tracking". Oleh itu, tempat ini amat sesuai untuk tujuan riadaha atau untuk aktiviti keluarga. 

 

4) Muar Cultural Walk

 
Sumber: https://youtu.be/fmHJ8v36jbc


Muar Cultural Walk merupakan salah satu tempat yang dikunjungi ramai orang. Disini terdapat pelbagai hasil lukisan mural di dinding-dinding belakang kedai dan telah menjadikan ia sebagai satu laluan yang dipenuhi pelbagai hasil mural yang sangat cantik. Ia sesuai untuk tujuan pengambaran dan juga sesuai untuk sesi fotografi. 


5) Muar River Cruise


Apabila anda berada di Tanjung Emas, anda boleh mencuba aktiviti seperti menaiki bot. Perjalanan bot mengambil masa 45 minit hingga 1 jam. Anda akan dibawa menyusuri sungai Muar dan dapat melihat keindahan Muar dari sudut yang berbeza.  


6) Taman Dinosaur Muar

Sumber: https://youtu.be/fmHJ8v36jbc


Taman Dinosaur terletak di bypass Muar yang berhampiran dengan Jambatan kedua Muar. Di sini terdapat pelbagai jenis replika dinosaur yang dipamerkan untuk menarik perhatian pengunjung. Ia sesuai untuk aktiviti berkeluarga. 


7) Masjid Sultan Ibrahim Muar


Masjid Sultan Ibrahim ini merupakan salah satu masjid yang tertua di Muar. Reka bentuk bangunan masih lagi cantik dan kukuh. Anda juga boleh menunaikan ibadah Solat disini jika anda berada di Muar



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bandar Maharani Bandar Diraja

  Bandar Maharani Bandar Diraja, merupakan Nama Rasmi bagi Bandar Muar di daerah Muar, Johor, Malaysia. Pengisytiharaan Bandar Maharani seba...