Terdapat pelbagai makanan yang menarik yang boleh anda nikmati apabila anda datang ke Muar.
Antaranya ialah
1) Mee Bandung Abu Bakar Hanipah
Mee bandung adalah salah satu makanan yang paling popular di Muar. Tidak lengkap rasanya apabila tidak memakan mee bandung apabila anda berada di Muar. Mee bandung Abu Bakar Hanipah merupakan tempat yang sangat dikenali dengan masakan mee bandung yang enak. Kepekatan kuahnya membuatkan ia berasa sangat enak.
2) R&H Sate Maharani
Muar juga dikenali kerana menghidangkan sate di waktu sarapan pagi. Kebiasaanya di tempat lain, ianya lebih mudah di dapati pada waktu petang dan malam sahaja. Daging sate yang dibakar sempurna akan menghasilkan hidangan sate yang sangat lembut dan enak. Kuah kacang yang dihidangkan juga sangat enak. Anda boleh berkunjung ke R&H Sate Maharani untuk mencuba sate di waktu pagi serta pelbagai hidangan lain turut disediakan.
3) Asam Pedas Pak Yahya
Selain daripada Pantai Leka, Parit Jawa juga terkenal dengan Asam pedas yang di sediakan di medan selera. Antara masakan yang sangat enak ialah asam pedas Pak Yahya dan juga asam pedas Mak Pon. Keenakan masakan asam pedas mereka menjadi bualan ramai sehingga pernah memasuki temu bual oleh pihak tv3.
4) Asam Pedas PakNdak
Sumber: https://youtu.be/fmHJ8v36jbc
Terdapat pelbagai jenis masakan tengah hari yang disediakan di sini. Tetapi yang paling mendapat sambutan hangat ialah tiram segar. Anda akan dapat menikmati hidangan tiram yang segar dari laut yang jarang dijumpai di kebanyakan tempat serta dapat juga menikmati makanan sambil menghayati pemandangan di tepi sungai Muar.
5) Sai Kee Kopi 434 Muar
Muar sangat terkenal dengan kopi 434. Jadi, apabila anda berada di Muar, jangan lupa untuk singgah di sini. Rasa sekali pasti nak lagi !
6) Faris Kitchen
Faris Kitchen merupakan kedai makan yang paling top dan paling dikunjungi ramai. Makanan yang disediakan juga enak- enak belaka. Yang paling menarik perhatian ialah Roti Jhon Cheese Sekapal, Nasi Lemak Sotong Gergasi dan juga Char Kuew Tiaw sotong merupakan makanan yang wajib anda cuba apabila datang ke kedai ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan