Selasa, 29 Disember 2020

Sejarah Muar

 

Muar adalah bandar di-Raja di barat laut negeri Johor. Ia pernah menjadi sebuah Kerajaan merdeka dan berdaulat yang diperintah oleh Sultan Ali Iskandar Shah dalam masa yang singkat (1855 – 1877), apabila penguasaan negeri Johor (kecuali Muar dan Kesang) telah diserahkan kepada Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim di bawah perjanjian di antara British di Singapura dan Sultan Ali Iskandar Shah. Sultan Ali adalah pewaris sebenar Kesultanan Johor tetapi kelemahan beliau telah menyebabkan pemerintahan Johor dikuasai oleh Temenggung. Setelah beliau mangkat pada 1877, Muar akhirnya menjadi sebahagian daripada wilayah Johor. Pada awal tahun 1884 Maharaja Abu Bakar telah menitah Muhammad Salleh bin Perang, Dato' Bentara Luar Johor untuk membuka Bandar Muar yang turut dikenali sebagai Bandar Maharani. Nama ini diberikan oleh Maharaja Abu Bakar. Muar selama bertahun-tahun adalah bandar yang kedua terbesar di Johor tetapi kedudukan tersebut telah diambil alih oleh Batu Pahat. Namun demikian, Muar masih merupakan bandar kedua terpenting dari segi pentadbiran selepas ibu negeri Johor Bahru.

Peta Muar




Bandar Muar terletak pada 2°3′N 102°34′E, di muara Sungai Muar. Bandar ini berada pada kedudukan 150 km (93 batu) ke barat daya ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur dan 50 km ke utara Batu Pahat.

Kereta Api Muar

Muar adalah satu-satunya bandar di Malaysia yang mempunyai sistem jaringan kereta apinya yang tersendiri di masa lampau yang dikenali sebagai Kereta Api Kerajaan Muar (Muar State Railways) atau MSR, beroperasi hanya 4 tahun selepas landasan kereta api pertama di negara ini di antara Taiping dan Port Weld dibuka pada 1885. Sistem kereta api ini wujud dari tahun 1889 hingga 1925, menghubungkan Jalan Sulaiman di Bandar Maharani dan Sungai Pulai pada jarak 22.5 km. Berdasarkan ciri-cirinya sebagai kereta api ringan tempatan, ia adalah terasing daripada jaringan kereta api di tanah Melayu pada waktu itu tetapi terdapat perancangan untuk memanjangkan landasan sehingga ke Batu Pahat pada 1916. Walau bagaimanapun, projek tersebut tidak dilaksanakan ekoran halangan geografi dan kewangan. Namun ianya kini dijadikan sebagai pameran yang diletakkan di Dataran Tanjung Emas Muar.

Khamis, 3 Disember 2020

Bandar Maharani Bandar Diraja

 



Bandar Maharani Bandar Diraja, merupakan Nama Rasmi bagi Bandar Muar di daerah Muar, Johor, Malaysia. Pengisytiharaan Bandar Maharani sebagai Bandar DiRaja Johor telah disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 5 Februari 2012.

Muar turut dikenali sebagai Bandar Maharani, bandar bersejarah kerana mempunyai tarikan alam semulajadi yang sangat cantik dan dan istimewa seperti Gunung Ledang, Pantai Leka, Bukit Mor, Sungai Muar dan banyak lagi.

Tambahan pula, jika ada seorang penggemar makanan atau seorang yang minat untuk "food hunting", Muar menyajikan pelbagai makanan tempatan yang sangat enak yang menepati cita rasa anda. 


Sumber: https://youtu.be/PpJytFmcz1Y

Bandar Maharani Bandar Diraja

  Bandar Maharani Bandar Diraja, merupakan Nama Rasmi bagi Bandar Muar di daerah Muar, Johor, Malaysia. Pengisytiharaan Bandar Maharani seba...